Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis iklim kumpul 650,000 puntung rokok

    LISBON, 24 APRIL – Aktivis iklim mengumpulkan 650,000 puntung rokok dan menimbunkannya di tengah-tengah ibu kota Portugal, Lisbon kelmarin untuk meningkatkan kesedaran tentang bentuk pencemaran yang sering diabaikan.

    Mereka mengumpul puntung rokok yang banyak untuk mengisi 40 baldi plastik, kemudian menimbunkannya agar aktivis iklim Jerman yang ikut serta dapat mendakinya.

    Andreas Noe memakai alat pernafasan untuk melindunginya daripada toksin dalam putung rokok yang tidak terbiodegradasi.

    “Kami meminta semua orang di Portugal untuk mengambil bahagian dalam projek komuniti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran plastik, kerana plastik tersembunyi dalam puntung rokok dan ramai orang tidak menyedarinya,” kata lelaki berusia 34 tahun itu.

    Beliau berkata puntung rokok itu adalah ‘contoh yang baik tentang bagaimana seseorang boleh mula mengambil tindakan’ terhadap pembuangan sampah, pencemaran laut dan akhirnya membawa kepada krisis iklim.

    Dua tahun lalu, aktivis dan peminat luncur air mengumpul kira-kira sejuta puntung rokok dalam masa dua bulan.

    “Kami mahu menamatkan masalah ini dengan menggalakkan orang ramai membuang putung rokok mereka ke dalam tong sampah atau asbak poket di mana-mana sahaja kecuali di atas tanah,” kata David Figueira, yang mengambil bahagian dalam projek tersebut. – AFP

    Kira-kira 650,000 puntung rokok dikumpulkan oleh aktivis iklim sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang bentuk pencemaran yang sering diabaikan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda