Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aktivis Jerman sekat rancangan Tesla

    GRUNHEIDE, 1 MAC – Aktivis alam sekitar yang menghuni hutan berhampiran kilang Tesla dekat Berlin berkata kelmarin mereka mahu menghentikan rancangan pengembangan pembuat kenderaan elektrik Jerman itu dan melindungi air bawah tanah tempatan.

    Tesla mahu mengembangkan kilangnya di Gruenheide, tenggara ibu negara, seluas 170 hektar dan meningkatkan pengeluaran sehingga satu juta kenderaan setiap tahun.

    Tetapi kumpulan alam sekitar dan salah seorang penganjur protes, Robin Wood berkata rancangan itu ‘mengancam bekalan air minuman untuk seluruh wilayah.’

    Aktivis telah berkhemah di puncak pokok di sebahagian daripada hutan yang ingin dimusnahkan Tesla untuk mengembangkan satu-satunya tapaknya di Eropah.

    Rancangan itu masih dalam proses pembinaan apabila AFP melawat kelmarin, di mana kira-kira 10 platform telah dipasang.

    Aktivis telah mengadakan tunjuk perasaan sebagai taktik untuk menyukarkan pihak berkuasa mengusir mereka dari tempat tersebut sekali gus menghalang kerja-kerja pembinaan itu.

    “Air penduduk tempatan di sini dicuri. Dan dari mana bahan mentah untuk kereta datang, menunjukkan penduduk berdepan eksploitasi,” beritahu Paul Eisfeld, 24, aktivis dan jurucakap protes, kepada AFP.

    Penganjur juga berkata mereka menyokong penduduk tempatan, yang mengundi lebih 60 peratus menentang projek Tesla dalam tinjauan tidak terikat baru-baru ini. – AFP

    Sepanduk yang digantung antara pokok ketika aktivis alam sekitar menduduki pondok pokok di hutan di Gruenheide, tenggara Berlin pada 29 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...