Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Aktivis mulakan mogok menjelang lawatan Biden

    PHNOM PENH, 8 NOV – Seorang aktivis Amerika-Kemboja telah memulakan mogok lapar untuk membantah keadaan di penjara menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ke negara itu.

    Peguam dan pengkempen, Theary Seng, yang merupakan pengkritik lama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun atas tuduhan menderhaka pada Jun lalu dalam perbicaraan besar-besaran yang turut menyaksikan 60 tokoh pembangkang disabit bersalah.

    Mogoknya itu dibuat menjelang lawatan Biden ke Phnom Penh lewat minggu ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN. Pemimpin AS itu juga dijangka bertemu dengan Hun Sen.

    Dalam satu kenyataan kelmarin, pasukan aktivis berusia 51 tahun itu “menggesa presiden berkenaan untuk menekan Hun Sen bagi kebebasan Theary”.

    Jared Genser, seorang peguam berpangkalan di AS yang mewakilinya, berkata bahawa aktivis itu juga dinafikan hak-hak yang diberikan kepada tahanan-tahanan lain “termasuk akses mingguan bagi upacara gereja dan kebolehan membuat panggilan kerap”.

    Pada masa ini berada di sebuah penjara di wilayah barat Preah Vihear, Theary Seng memulakan mogok lapar kelmarin dalam usaha untuk memaksa pihak berkuasa memindahnya ke Penjara Prey Sar di Phnom Penh.

    Sementara itu, bagi meningkatkan lagi kesedaran, enam aktivis belia juga telah melancarkan mogok lapar selama seminggu kelmarin, kira-kira 30km dari penjara Theary Seng. – AFP

    Gambar fail bertarikh 3 Mei 2022 menunjukkan Theary Seng berjalan di jalan raya di hadapan mahkamah perbandaran Phnom Penh sebelum perbicaraan kesnya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...