Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis politik Laos ditembak mati di kafe

    BANGKOK, 3 MEI – Seorang aktivis dan pengkritik terkenal kerajaan Laos telah ditembak mati di sebuah kafe di ibu negara Vientiane, dengan rakaman grafik pembunuhan itu diterbitkan dalam talian oleh media kerajaan.

    Komunis Laos telah lama dikritik kerana rekod hak asasi manusia yang buruk dan gagal menyiasat dengan betul kehilangan pengkritik kerajaan.

    Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) dan Amnesty International mengecam pembunuhan itu dan menggesa pihak berkuasa Laos untuk menjalankan siasatan sewajarnya.

    Rakaman kamera keselamatan menyeramkan yang disiarkan dalam talian oleh agensi berita kerajaan KPL pada Isnin menunjukkan seorang lelaki bersenjata berbaju coklat dan bertopi hitam menembak Anousa “Jack” Luangsuphom dua kali pada Sabtu lalu.

    Lelaki bersenjata itu melangkah sebentar ke dalam kafe, seolah-olah mengesahkan sasarannya ada, sebelum mengeluarkan pistol dari pinggangnya dan masuk semula untuk melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat.

    Anousa jatuh ke lantai sementara dua wanita di dalam kafe itu menjerit meminta tolong dan lelaki bersenjata itu melarikan diri.

    Rakaman itu menunjukkan lelaki bersenjata itu dengan berhati-hati menggunakan
    sapu tangan untuk membuka dan menutup pintu, mungkin untuk mengelak daripada meninggalkan cap jari.

    Laporan KPL itu menyata-kan, polis sedang menyiasat kejadian itu dan mencari suspek. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda