Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aktivis Thunberg sertai protes iklim di luar premis JP Morgan

    LONDON, 19 OKT – Aktivis iklim Sweden Greta Thunberg menyertai protes di luar premis JP Morgan di London, menuntut bank Amerika Syarikat itu menghentikan pembiayaan untuk projek bahan api fosil, lapor agensi berita Jerman.

    Bersama kumpulan Fossil Free London, beliau berdiri di luar pintu masuk bank itu di Canary Wharf hari ini.

    Mereka kemudiannya menghalang pintu masuk ke bank itu dengan duduk di atas jalan sambil melaungkan oily money out sambil mengibarkan bendera kuning dan sepanduk.

    Pada Selasa, Thunberg ditahan dan didakwa atas kesalahan berkaitan ketenteraman awam selepas melakukan protes di Mayfair, lokasi Forum Risikan Tenaga yang disertai eksekutif syarikat minyak.

    Kumpulan itu berkata bank itu (JP Morgan) merupakan sumber utama pembiaya projek bahan api fosil sejak Perjanjian Paris, apabila kerajaan bersetuju mengehadkan kenaikan suhu purata global kepada 1.5 darjah Celsius melebihi paras pra-Industri.

    Penggiat kempen Fosil Free London yang hanya dikenali sebagai Henry berkata, ‘Sejak perjanjian iklim Paris, bank itu menyediakan pembiayaan berjumlah AS$434 bilion untuk projek bahan api fosil.

    ‘Mereka mengaut keuntungan berbilion-bilion setiap tahun ketika dunia semakin musnah akibat krisis iklim.

    ‘JP Morgan tidak sepatutnya membuat pelaburan baharu dalam projek bahan api fosil dan keuntungan berbilion-bilion yang diperoleh sepatutnya dibelanjakan untuk komuniti yang terjejas oleh perubahan iklim dan projek mitigasi’, katanya. – Bernama

    Aktivis iklim memegang sepanduk dan melaungkan slogan semasa mereka berarak di Canary Wharf kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...