Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis Turkiye dedah penderaan dalam tahanan Israel

    ISTANBUL, 5 OKT – Aktivis Turkiye yang menyertai Global Sumud Flotilla  memberi keterangan mengenai penderaan fizikal dan psikologi, penghinaan perkauman serta gangguan oleh Israel selepas mereka ditahan secara tidak sah di perairan antarabangsa, ketika pendakwa Turkiye meneruskan siasatan terhadap serangan itu, lapor agensi Anadolu.

    Sebuah pesawat yang membawa aktivis flotila bantuan itu yang diserang dan ditahan oleh Israel tiba di Lapangan Terbang Istanbul kelmarin.

    Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel dan tiba pada 3:50 petang waktu tempatan.

    Seramai 137 orang daripada flotila kemanusiaan, termasuk 36 warganegara Turkiye dan 23 rakyat Malaysia, tiba dengan penerbangan itu.

    Selepas dipindahkan dari Israel ke Istanbul, aktivis dibawa ke Institut Perubatan Forensik Istanbul untuk pemeriksaan kesihatan sebelum memberikan keterangan sebagai saksi kepada pendakwa raya.

    Hasmet Yazici berkata kapalnya dibom oleh dron di perairan terbuka, menyebabkan kecederaan fizikal dan kerosakan pada layar. Bot penyerang Israel mengganggu kapal itu dan cuba menenggelamkannya sebelum komando Israel menaiki dan mengambil alih kawalan. Yazici menceritakan yang aktivis dipaksa duduk di atas lantai konkrit selama tiga jam di pelabuhan Ashdod dengan tangan bergari ke belakang dan kepala ditekan ke tanah. – Bernama

    Ersin Celik bercakap kepada media selepas ketibaan 36 rakyat Turkiye dan warganegara dari 12 negara di Lapangan Terbang Istanbul pada 4 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda