Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti agih makanan kepada masyarakat setempat

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Program Perkhemahan Belia Hijrah Mahabbah Lillah ke-9 memasuki hari kedua hari ini dengan aktiviti khidmat masyarakat yang dikendalikan oleh Unit Kemasyarakatan, Kumpulan Al-Qudwah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Dalam aktiviti itu, Naib Presiden 2 program berkenaan, Dayang Nur Amal Afiqah binti Muhammad Nor Risman semasa ditemui antara lain telah mengongsikan salah satu pengisian aktiviti dalam khidmat masyarakat berkenaan adalah tazkirah dan penyediaan makanan ringan untuk diagihkan kepada orang awam terutama warga asing yang berada di kawasan Gadong.

    Proses penyediaan 100 bungkus sandwic dan 100 cawan minuman itu diadakan di dewan makan Asrama UNISSA yang melibatkan 60 peserta program.

    Program perkhemahan anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dikelolakan oleh Kumpulan Al-Qudwah, UNISSA itu telah bermula kelmarin hingga 16 Disember.

    Tema perkhemahan tahun ini adalah Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW 1445 hijrah yang mana ia dilaksanakan sempena cuti penggal akhir persekolahan 2023.

    Antara peserta lelaki yang sedang sibuk menyediakan minuman. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara peserta perempuan yang terlibat dalam penyediaan sandwic sebelum diagihkan kepada orang awam di kawasan Gadong. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda