Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti bantu rangsang otak kanan anak

    ADA fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif.

    Ibu ayah disarankan untuk melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan lagi.

    Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan dengan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya. Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span.

    Mereka mudah menerima rangsangan. Oleh itu, dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak.

    Bermain tanah liat

    Dengan menggunakan kreativiti membentuk pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.

    Ibu bapa boleh memperkenalkan permainan Sudoku yang mudah untuk anak di mana ia berupaya untuk menambah ketajaman minda anak anda.

    Beridah dan bersenam

    Untuk mendapatkan otak yang sihat dan cerdas, anak perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan baik.

    Senaman boleh menjana minda yang cerdas untuk anak-anak anda.

    Menggunting

    Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar juga dikatakan mampu untuk merangsang otak kanan anak.

    Bermain sudoku

    Perkenalkan permainan Sudoku yang mudah untuk si kecil anda kerana ia berupaya untuk menambah ketajaman minda anak anda.

    Melukis

    Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis.

    Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.

    Membaca dan bercerita

    Buku cerita yang menarik tentu akan dapat membuatkan si kecil teruja atau anda juga boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan.

    Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.

    Permainan pendidikan

    Membina motor halus dan kemahiran lain menggunakan permainan pendidikan untuk kanak-kanak termasuk aktiviti awal pembelajaran, blok, permainan dan pembelajaran interaktif.

    Kad imbasan

    Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

    Makanan sunnah

    Selain aktiviti memakan makanan sunnah seperti kismis dan kurma adalah amat baik untuk otak si kecil anda.

    Ia juga dapat membentuk minda kanak-kanak yang sihat, selain meningkatkan penumpuan dan menguatkan memori.

    Makanan-makanan Lain

    Selain memakan makanan sunnah, makanan lain yang baik untuk otak adalah seperti ikan salmon, avokado, minyak zaitun, telur dan tomato.

    Makanan-makanan ini dapat membantu meningkatkan kemampuan otak serta kekuatan ingatan.

    Tidak perlu buat aktiviti-aktiviti ini dalam tempoh yang lama untuk mengelakkan anak bosan.

    Masa disarankan adalah lebih kurang setengah jam sahaja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda