Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78, Kumpulan Kembara Basikal Lipat dan Max Cycle telah menganjurkan aktiviti berbasikal Dirgahayu 78 Innova Night Cycling, baru-baru ini.
Seramai 34 orang turut serta pada acara tersebut yang terdiri daripada golongan veteran dan warga emas.
Aktiviti berbasikal berkenaan bermula dari Stadium Negara Hassanal Bolkiah menuju ke Bandar Seri Begawan dan berpatah balik ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sejauh lebih kurang 19km.
Ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan peminat sukan berbasikal veteran dan warga emas dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait.
