Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti buat piza selepas peperiksaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Rombongan seramai 180 orang pelajar Tahun 3 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pastamania, Times Square sebagai aktiviti selepas Peperiksaan Akhir Tahun.

    Dalam lawatan tersebut, para pelajar berpeluang mencuba membuat piza dengan meletakkan topping yang digemari.

    Dengan adanya lawatan sambil belajar berkenaan, pelajar akan dapat mengetahui pentingnya menjaga kebersihan dalam penyediaan makanan.

    Selain mengadakan aktiviti luar sekolah, beberapa aktiviti dan sesi taklimat turut dilaksanakan bagi mengisi masa pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.

    Antara pelajar yang ikut serta membuat piza ketika lawatan ke Pastamania di Times Square.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda