Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti ceriakan ahli ABLE

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Dengan tujuan menyemarakkan dan menyuntik semangat patriotik ahli-ahli dalam menyambut Hari Kebangsaan Brunei Darussalam ke-40 (HK40), Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) telah menganjurkan aktiviti Semarak HK-40 dengan kerjasama Persatuan Sindrom Down Brunei (ABLE) di Ibu Pejabat ABLE, Kampung Anggerek Desa, Berakas baru-baru ini.

    Turut hadir bagi memeriahkan aktiviti tersebut ialah Presiden MMPB, Hajah Noor Monasalieana @ Suzie binti Haji Mohd Salleh, ahli-ahli MMPB dan ABLE.

    Antara aktiviti yang diadakan termasuk mencantum puzzle bendera Brunei, pertunjukan silap mata diikuti dengan laungan semangat kebangsaan. Selain itu, aktiviti turut diserikan dengan penampilan Awang Budiman.

    Antara aktiviti yang dianjurkan pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda