Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti galak amal cara hidup sihat

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah (SR) Pintu Malim, Kluster 1 bersama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Serdang buat julung kalinya mengadakan Program Amalan Bersih, Sihat dan Ceria iaitu menyusur dan mendaki Bukit Kamser di Kampung Serdang, Mukim Kota Batu, baru-baru ini.

    Acara yang juga diadakan bersempena Hari Keluarga Kebangsaan dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Mukim Kianggeh dan Ketua Kampung Subok, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

    Turut hadir ialah Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Rasli bin Taram; Ketua Kampung Sungai Besar, Sungai Belukut dan Kampung Serdang, Leftenan Kolonel (B) Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit; Pemangku Ketua Kampung Pintu Malim, Haji Hanapiah bin Begawan Pehin Udana Khatib Haji Junit; dan Guru Besar SR Pintu Malim, Hajah Noordini binti Haji Awang Tuah.

    Aktiviti itu berjaya untuk menarik penyertaan daripada warga sekolah, ibu bapa dan penjaga, murid-murid serta ahli jawatankuasa (AJK) MPK Serdang dalam suasana penuh harmoni dan mengeratkan hubungan silturahim semua yang menyertai aktiviti berkenaan.

    Aktiviti menyusur dan mendaki Bukit Kamser merupakan salah satu perancangan aktiviti dalam Program Amalan Bersih, Sihat dan Ceria Sekolah Rendah Pintu Malim.

    Bukit Kamser yang dikenali dengan sumber keindahan alam semula jadi atam bersesuaian untuk dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat diintegrasikan dalam pembelajaran dan pengajaran guru-guru serta murid-murid sekolah berkenaan.

    Aktiviti itu bermatlamat untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim di antara warga sekolah, ibu bapa dan penjaga, murid dan AJK MPK Serdang.

    Ia juga diadakan untuk menggalakkan warga sekolah, ibu bapa dan penjaga murid serta penduduk setempat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    Yang Berhormat Awang Lawi bergambar ramai bersama warga sekolah, ibu bapa dan penjaga, murid, guru serta AJK MPK Serdang yang menyertai aktiviti berkenaan, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PIBG SR PINTU MALIM
    Warga sekolah, ibu bapa dan penjaga, murid, guru serta AJK MPK Serdang yang menyertai aktiviti mendaki Bukit Kamser. – GAMBAR SERAHAN PIBG SR PINTU MALIM
    Sesi memanaskan badan sebelum aktiviti mendaki Bukit Kamser dimulakan. – GAMBAR SERAHAN PIBG SR PINTU MALIM
    GAMBAR SERAHAN PIBG SR PINTU MALIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda