Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Aktiviti gaya Squid Game kukuh pasukan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Dengan tema Squid Game, Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) telah menganjurkan acara pengukuhan pasukan bagi seluruh syarikatnya di Pantai Muara yang difasilitasi oleh Poni Divers Brunei, hari ini.

    Berdasarkan siri televisyen survival Korea Selatan yang disiarkan di Netflix, BMC mengubah suainya dengan permainan tradisional Brunei seperti membuat kikik, serta keidoro dan patintero.

    Keridoro dan patintero adalah permainan dari Jepun dan Filipina yang telah diubahsuai kepada versi tempatan.

    Acara diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Kaneshige Kubushiro.

    Selepas perasmian, acara didahului dengan taklimat keselamatan oleh wakil Poni Divers.

    Kemudian kakitangan dibahagikan kepada empat kumpulan yang mewakili pasukan Merah, Hijau, Biru dan Kuning.

    Menurut BMC, acara tersebut adalah cara yang terbaik bagi syarikat memupuk perhubungan jauh dari persekitaran pejabat serta menggalakkan orang ramai untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan mereka.

    Gambar ramai semasa acara yang diadakan di Pantai Muara, kelmarin. – Gambar serahan BMC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...