Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti hari keluarga eratkan silaturahim

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Sempena berakhirnya cuti penggal persekolahan dan menyambut Tahun Baharu 2019, orang ramai di negara ini turut mengambil kesempatan untuk mengadakan perkumpulan dan menjalankan beberapa aktiviti kekeluargaan bersama bukan sahaja untuk mengenali sanak saudara, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Keluarga Haji Salam bin Badar turut tidak ketinggalan meraikan ambang Tahun Baharu 2019 melalui aktiviti kekeluargaan secara besar-besaran di kediaman Haji Salam di Kampung Mata-Mata semalam.

    Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan perkumpulan keluarga itu termasuklah permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

    Selain permainan seperti mencari coklat dalam tepung, mengisi air dalam botol, siapa cepat makan mi dan biskut, turut diadakan adalah kuiz. Permainan dan kuiz ini disertai sama ada secara berkumpulan atau individu. Kemeriahan dan keriangan jelas terpancar semasa menyertai berbagai-bagai aktiviti yang diungkayahkan.

    Selain itu, aktiviti tahunan itu mendapat sambutan luar biasa daripada seluruh ahli keluarga dan pada masa yang sama ia mencerminkan ikatan kekeluargaan yang erat dan hubungan rapat yang telah terjalin sesama mereka.

    Salah satu aktiviti yang diungkayahkan semasa hari keluarga yang diadakan di kediaman Haji Salam di Kampung Mata-Mata.
    Salah seorang pemenang menerima hadiah.
    Antara aktiviti yang diadakan semasa hari keluarga tersebut.
    Aktiviti permainan turut diadakan untuk kanak-kanak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda