Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Aktiviti interaktif mudahkan pembelajaran bahasa Cina

    KAHERAH – Di Al Jazeera Official Experimental Languages School di pusat bandar Kaherah, sekumpulan sukarelawan mengadakan pelbagai aktiviti interaktif mengenai adat-adat, simbol-simbol dan Bahasa Cina baru-baru ini untuk membantu pelajar Mesir lebih memahami China dan Bahasa Cina.

    Aktiviti itu adalah sebahagian daripada inisiatif tiga hari yang dilancarkan oleh Chinese Bridge Club di Kaherah untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Cina bagi pelajar Mesir, selepas program rintis untuk mengajar Bahasa Cina bermula pada September di 12 buah sekolah menengah awam Mesir.

    Semasa acara tersebut, video promosi mengenai China telah ditayangkan untuk membantu para peserta memperoleh sedikit pengetahuan tentang sejarah dan tapak-tapak mercu tanda negara itu.

    Sukarelawan juga melakukan seni mempertahankan diri Cina dan menyertai pelajar dalam aktiviti interaktif seperti meneka perkataan.

    “Saya sangat suka terhadap China… Saya sentiasa mahu melawat negara hebat ini, sebab itu saya mahu belajar Bahasa Cina,” kata Qugaya Sherif, pelajar darjah tujuh, kepada Xinhua semasa aktiviti itu.

    Seorang guru dari Mesir mengajar pelajar perkataan Cina semasa aktiviti yang diadakan oleh Chinese Bridge Club. – Xinhua
    Para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif mengenai adat-adat, simbol-simbol dan Bahasa Cina yang diadakan oleh Chinese Bridge Club di Al Jazeera Official Experimental Languages School di Kaherah, Mesir. – Xinhua

    “Mempelajari bahasa asing sentiasa bagus,” kata gadis berusia 13 tahun itu, sambil menambah inisiatif untuk mengajar Bahasa Cina sebagai bahasa asing pilihan kedua di sekolah-sekolah Mesir yang menawarkannya peluang hebat untuk mempelajari bahasa yang disukainya.

    Zhang Huasheng, kaunselor sains dan teknologi Kedutaan China di Mesir, berkata semasa majlis itu dia gembira kerana ramai pelajar Mesir ingin mempelajari Bahasa Cina.

    “Ini adalah hasil pengukuhan berterusan persahabatan antara China dan Mesir, dan ia merupakan bukti ketara perkembangan berterusan perkongsian strategik komprehensif antara China dan Mesir,” katanya.

    Memandangkan lebih ramai orang mula mempelajari bahasa Cina, ia secara beransur-ansur menjadi ‘jambatan budaya dan persahabatan’ yang menghubungkan China dengan seluruh du-nia, katanya.

    “Kini, kursus bahasa Cina pilihan ditawarkan di sekolah-sekolah Mesir, yang membawa maksud lebih ramai rakan Mesir akan mempelajari Bahasa Cina dan meningkatkan pemahaman mereka tentang China,” katanya.

    Bagi pihak Sahar al-Gamal, pengetua Sekolah Bahasa Eksperimen Rasmi Al Jazeera, berkata sekolah itu akan melakukan yang terbaik untuk menjayakan projek itu dan menyumbang untuk menggalakkan kesedaran mempelajari Bahasa Cina.

    Pada September 2020, China dan Mesir menandatangani memorandum persefahaman untuk mengajar Bahasa Cina sebagai bahasa asing pilihan kedua di sekolah-sekolah rendah dan menengah Mesir, Zhang Tao, pihak berkuasa kedutaan China di Mesir, menjelaskan dalam mesej video pada akhir September lalu.

    Terima kasih kepada usaha bersama kedua-dua pihak, program perintis itu telah dilancarkan setahun lebih awal daripada yang dirancang, menurut Zhang Tao. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...