Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti keagamaan di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Bagi mengalu-alukan kedatangan Bulan Ramadan 1440H, Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Saudara-saudara Baharu Negara Brunei Darussalam bersama para pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil di Kubah Makam Diraja.

    Majlis diadakan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

    Rombongan seramai 100 orang itu diketuai oleh Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan PDI, para yang dipertua persatuan saudara-saudara baharu dan mualaf seluruh negara.

    Terdapat empat persatuan saudara-saudara baru di negara ini iaitu Persatuan Nurul Islam (Daerah Brunei dan Muara), Persatuan Sinar Islam (Daerah Belait), Persatuan Saudara-Saudara Baharu Daerah Tutong (PESATU) dan Persatuan Saudara-Saudara Baharu Daerah Temburong (PESAT).

    Antara objektif majlis yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Mualaf PDI ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para mualaf kepada acara-acara keagamaan dalam sama-sama menyambut ketibaan bulan Ramadan yang akan tiba.

    Antara yang hadir ke majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda