Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti keagamaan menjelang Ramadan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Dalam mengalu-alukan ketibaan bulan suci Ramadan, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Keluarga di pusat berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Abu Bakar bin Burut diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Haji Mohd Yussof bin Mohd Salleh.

    Acara diteruskan dengan bacaan tahlil secara beramai-ramai sebelum diakhiri dengan Doa Arwah, Doa Peliharakan Sultan dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Haji Ghafar bin Haji Minuddin.

    Pengiran Muhammad Ameer Mubarak hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Tahlil dan Doa Arwah Keluarga anjuran PKWE Daerah Brunei dan Muara bertempat di pusat berkenaan, baru-baru ini.
    – Gambar serahan PKWE Daerah Brunei dan Muara

    Aktiviti tahunan itu bertujuan untuk sama-sama mendoakan khusus buat rakan-rakan dan kaum keluarga yang telah kembali ke rahmatullah agar diberikan rahmat dan keampunan serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

    Dalam pada itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim dan perpaduan sesama ahli serta keluarga masing-masing yang sekali gus diharap dapat mendidik diri agar sentiasa mendekatkan diri kepada pelbagai kegiatan yang berkebajikan dalam kehidupan seharian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda