Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti keagamaan semarak 10 malam terakhir Ramadan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, tidak ketinggalan dalam sama-sama memanfaatkan dan meraih kelebihan dalam bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan.

    Salah satu kelebihan dalam bulan Ramadan adalah sembahyang Sunat Tarawih yang tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain, di samping tadarus Al-Quran yang menjanjikan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

    Para belia masjid dan kampung turut sama-sama meluangkan masa dan meraih kelebihan dalam bulan suci ini.

    Menurut salah seorang ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, penglibatan para belia sangatlah menggalakkan sepanjang bulan Ramadan.

    Salah satu matlamat strategik AJK takmir masjid untuk para belia adalah memupuk semangat dan tanggungjawab yang berterusan bagi sama-sama mengimarahkan masjid sepanjang masa.

    Semoga semangat ditunjukkan oleh para belia pada dalam bulan Ramadan ini, akan terus berkekalan bagi sama-sama memajukan masjid berkenaan.

    Para belia masjid dan kampung turut serta dalam bertadarus Al-Quran di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong. – GAMBAR OLEH AJK TAKMIR MASJID AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM
    GAMBAR OLEH AJK TAKMIR MASJID AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda