Friday, May 9, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti keagamaan sempena Israk Mikraj

    Oleh yusrin junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Bagi memperingati Sambutan Israk dan Mikraj, Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) baru-baru ini telah mengadakan aktiviti keagamaan sebagai memperingati peristiwa penting dan bersejarah dalam takwim Islam yang mana menjadi program tetap sepanjang tahun.

    Seramai lebih 60 orang menghadiri majlis tersebut dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud yang juga turut menyampaikan ucapan.

    Inti pati perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj telah dibentangkan dalam ceramah khas oleh penceramah undangan bertauliah dari Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Hamzah bin Haji Awang Jali.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran serta ucapan daripada pengerusi majlis, Haji Zakaria bin Haji Liman selaku Pengerusi Tetap PERBEKAL.

    Selain ceramah khas, persembahan dikir juga diselajurkan dengan menepung tawar meraikan kepulangan seramai 11 jemaah ahli PERBEKAL dari menunaikan umrah.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku Pengerusi Berterusan; Timbalan Yang Dipertua, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Muhammad Tahir; Naib Yang Dipertua 1, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof selaku Pengerusi Biro Wanita; dan Naib Yang Dipertua 2, Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Haji Mohd Tahir.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan.

    Gambar ramai ahli-ahli PERBEKAL yang menghadiri majlis perhimpunan sempena Sambutan Israk dan Mikraj. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda