Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti keagamaan serikan 10 malam akhir Ramadan

    Oleh Sim Y.H. & Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Umat Islam di negara ini terus memperingati peristiwa agung dalam bulan Ramadan, Nuzul Al-Quran dengan majlis-majlis keagamaan dan aktiviti amal.

    Kementerian Kesihatan dengan anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, pagi tadi telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada 54 orang anak-anak yatim di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian derma berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis diisikan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, tahtim dan Doa Khatam serta laungan Dikir Marhaban dan seterusnya diikuti dengan penyampaian derma kepada anak- anak yatim yang terdiri daripada warga Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat turut mengadakan Majlis Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran bagi peringkat Kementerian Pendidikan 1445H/2024M di Dewan Utama, Bangunan Baharu, Kementerian Pendidikan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim yang diraikan pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa mengambil bahagian dalam Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. -GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah semasa hadir pada Majlis Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang terlibat dalam menyemarakkan Sambutan Nuzul Al-Quran. Tujuan majlis berkenaan adalah untuk memperingati peristiwa agung turunnya ayat Al-Quran pertama pada bulan suci Ramadan selain meraih keberkatan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut di Dewan Utama, Bangunan Baharu, Kementerian Pendidikan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa hadir pada Majlis Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan MTIC. – GAMBAR SERAHAN MTIC
    Antara yang hadir pada majlis tersebut di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan MTIC. – GAMBAR SERAHAN MTIC

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk Al-Quran Pedomanku yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Muhammad Najib bin Haji Awang.

    Sementara itu, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim bagi tahun 1444H/2023M yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan MTIC, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan MTIC dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    Pada majlis itu, ceramah khas bertajuk Al-Quran Pedomanku telah disampaikan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, PDI, KHEU, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa.

    Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada 35 orang anak yatim yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga warga MTIC dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda