LABUAN, 17 April – Penglibatan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan mampu meningkatkan keyakinan dan harga diri mereka serta membantu mendapatkan kemahiran baharu, kata Presiden Majlis Pengakap Labuan, Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman.
Bagaimanapun, ibu bapa juga perlu memainkan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti ko-kurikulum seperti pengakap atau kumpulan pencinta alam.
“Sebarang penglibatan dalam aktiviti sebegini adalah baik… apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan mereka akan dapat banyak penghargaan dan pencapaian kendiri, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, remaja akan bertemu dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dan contoh positif selain daripada ibu bapa mereka.
“Berinteraksi dan bekerjasama dengan mereka yang lebih dewasa menggalakkan remaja untuk melihat dunia dengan cara yang berbeza dan meletakkan pengalaman dan nilai keluarga sendiri dalam konteks yang lebih luas,” katanya. – Bernama