BEIJING, 28 FEB – Aktiviti perkilangan di China berkembang pada kadar paling perlahan dalam sembilan bulan pada bulan Februari, ketika operasi perniagaan perlahan semasa cuti Tahun Baharu China di negara itu, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI), ukuran utama aktiviti pembuatan, jatuh 50.6 bulan lalu daripada 51.3, kata Biro Perangkaan Nasional, dengan penurunan yang ketara dalam pengeluaran, pesanan baharu dan perdagangan luar negeri.
Walaupun itu adalah bacaan terendah keseluruhan sejak Mei lalu, PMI pembuatan juga berada pada 50.6, angka tersebut tetap berada di atas 50 mata yang memisahkan pertumbuhan dari penguncupan.
“Tahun Baharu China jatuh pada pertengahan Februari tahun ini dan faktor percutian menunjukkan kesan yang lebih besar terhadap pengeluaran dan operasi perusahaan bulan ini,” kata ahli statistik senior NBS, Zhao Qinghe. – AFP