BEIJING, 31 Dis – Aktiviti kilang China semakin lemah pada Disember, tinjauan rasmi menunjukkan hari ini, menambah tekanan ke atas Beijing untuk menterbalikkan kemelesetan ekonomi tatkala ia bersedia untuk mengadakan rundingan perniagaan dengan Washington.
Indeks pengurus pembelian Biro Statistik Nasional dan kumpulan industri, Persekutuan Logistik dan Pembelian China merosot kepada 49.4 daripada 50.0 pada November berdasarkan skala 100-mata di mana angka di bawah 50 menunjukkan pengecutan aktiviti.
Pertumbuhan ekonomi China merosot kepada krisis tahap rendah 6.5 peratus berbanding setahun sebelumnya pada suku yang berakhir pada September meskipun usaha kerajaan untuk menterbalikkan kemelesetan dengan mengarahkan bank supaya memberikan pinjaman lebih dan merangsang perbelanjaan ke atas kerja-kerja pembinaan awam.
Peramal menjangka pertumbuhan tahunan sebanyak 6.5 peratus, merosot daripada 6.7 peratus oada 2017. Namun beberapa segmen industri termasuk penjualan kereta dan harta tanah telah mengalami kemerosotan yang lebih serius.
“Tekanan ke atas ekonomi masih timbul,” kata ahli ekonomi Zhang Liqun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama PMI.
Tempahan dan eksport keseluruhan merosot, menandakan kilang China mengalami permintaan yang lemah di dalam dan luar negara. – Agensi
