BEIJING, 30 SEPT – Sektor pembuatan China menunjukkan tanda-tanda peningkatan yang tidak dijangkakan dengan dua indeks hari ini memaparkan aktiviti pengilangan meningkat pada September, meskipun tekanan perdagangan berterusan dengan Amerika Syarikat (AS).
Menurut Biro Statistik Kebangsaan, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) meningkat dari 49.5 pada Ogos kepada 49.8 bulan ini – lebih baik daripada yang diramalkan dalam tinjauan ekonomis Bloomberg.
Bagaimanapun, bagi bulan kelima ia kekal di bawah paras 50 yang membahagikan pengembangan daripada pengecutan.
Namun ukuran bebas, PMI Caixin China Manufacturing yang lebih optimis, mengatakan adanya peningkatan ketara dalam keseluruhan keadaan operasi semasa bulan September, dengan pengeluaran dan jumlah tempahan baharu kedua-duanya berkembang pada kadar pantas daripada bulan sebelumnya.
PMI Caixin Manufacturing meningkat daripada 50.4 pada Ogos kepada 51.4. – AFP