Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti kilang China merosot

    BEIJING, 30 Sept – Aktiviti kilang China menjadi perlahan pada September, data rasmi menunjukkan hari ini, tatkala perang perniagaan negara gergasi Asia dengan Amerika Syarikat (AS) tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan.

    Indeks Pengurus Pembelian (PMI), pengukur utama keadaan kilang, mencecah 50.8 untuk bulan itu, merosot daripada 51.3 pada Ogos lalu, kata Biro Statistik Nasional.

    Angka tersebut adalah di bawah bacaan 51.2 yang diramalkan dalam tinjauan ahli ekonomi oleh Bloomberg News.

    Walaupun jumlah tersebut menunjukkan kemelesetan, mereka masih melebihi tanda 50 mata yang mengasingkan perkembangan daripada pengecutan.

    Satu indeks pengeluaran berasingan, dikira secara bebas oleh kumpulan media Caixin, juga menunjukkan penyusutan.

    “Eksport menjejaskan prestasi dan permintaan lemah yang berterusan mulai memberikan kesan ke atas pengeluaran syarikat,” kata penganalisis Caixin, Zhengsheng Zhong.

    “Selain daripada itu, situasi pekerjaan bertambah buruk. Tekanan ke atas ekonomi China adalah besar.”

    Presiden AS Donald Trump pada minggu lalu mengenakan AS$200 bilion tambahan dalam tarif ke atas barangan China dan berjanji akan meneruskannya sehingga Beijing mengalah.

    Serangan terbarunya ke atas China, yang bertindak balas dengan lebih banyak levinya sendiri, membawa jumlah barangan yang dikenakan duti kepada lebih AS$250 bilion, kira-kira separuh daripada eksport AS di China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda