BEIJING, 31 Ogos – Aktiviti kilang China meningkat pada Ogos, data rasmi menunjukkan hari ini, mengatasi ramalan tatkala penganalisis menjangka perang perniagaan dengan Amerika Syarikat (AS) akan membebani pengeluaran.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI), pengukur utama mengenai keadaan kilang, mencecah 51.3 untuk bulan itu, meningkat daripada 51.2 pada Julai, kata Biro Statistik Nasional (NBS).
Jumlah tersebut mengatasi bacaan 51.0 yang diramalkan dalam tinjauan ahli ekonomi Bloomberg News, dan menandakan pengukuhan aktiviti.
Ia mencecah lebih daripada tanda 50-mata yang memisahkan perkembangan daripada pengecutan.
“Pengeluaran terus berkembang dan permintaan pasaran adalah stabil pada keseluruhannya,” kata penganalisis NBS Zhao Qinghe dalam satu kenyataan, mendapati pengeluaran teknologi tinggi masih merupakan satu bidang cerah, mengatasi persekitaran seluruhan.

“Disebabkan faktor sepertipertambahan perselisihan perniagaan antarabangsa dan persekitaran luar yang tidak pasti, keadaan melambung import dan eksport telah berkurangan,” kata Zhao.
Data harus menenangkan kebimbangan mengenai masalah ekonomi China, kata ketua perniagaan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes.
“Dengan itu, saya tidak berasa yakin mengenai China,” kata Innes, menambah dia akan melihat pada petunjuk ekonomi lain yang akan dikeluarkan pada minggu-minggu akan datang.
Menghadapi hubungan perniagaan yang merosot dengan AS dan momentum ekonomi yang lembap, Beijing pada bulan lalu memberikan petunjuk ia akan beralih kepada dasar fiskal yang lebih longgar dengan melancarkan beberapa siri langkah sokongan dan mempercepatkan pengeluaran bon khas kerajaan tempatan untuk menyokong perbelanjaan infrastruktur.
Namun penggubal dasar tetap berpendapat mereka tidak akan melaksana perangsang besar-besaran. – AFP