Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti kilang merosot di China

    BEIJING, 30 JUN – Aktiviti kilang China menjadi stabil pada Jun, menurut data yang dikeluarkan hari ini, namun pengeluaran terjejas oleh kekurangan komoditi utama dan mikrocip serta penutupan pelabuhan utama berpunca daripada pandemik yang membawa kepada penangguhan hantaran.

    Indeks Pengurus Pembelian (PMI), pengukur utama aktiviti pengeluaran di ekonomi kedua terbesar dunia, mencecah 50.9 pada Jun daripada 51 pada Mei, kata Biro Statistik Nasional.

    Sementara bacaan telah merosot selama tiga bulan berturut-turut, kini ia nampak seolah-olah telah menjadi stabil. Ia juga sejajar dengan ramalan dan kekal di atas bacaan 50 yang memisahkan pertumbuhan daripada penyusutan.

    Ekonomi China mencatat pemulihan selepas berjaya mengawal kesan virus awal dengan mengenakan sekatan ketat dan ujian besar-besaran. Namun aktiviti pengeluaran telah terjejas oleh ‘bekalan ketat cip, arang batu dan tenaga, serta penyelenggaraan peralatan,” kata ahli statistik NBS Zhao Qinghe.

    “Faktor seperti kekurangan cip telah menjejaskan teruk pembangunan industri kereta,” tambah Zhao, walaupun ketika indeks tempahan baharu mening-kat pada keseluruhannya.

    Iris Pang, ketua ahli ekonomi ING untuk China, berkata: “Kekurangan cip bukan lagi isu yang akan menjejaskan aktiviti pengeluaran pada keseluruhannya, namun apa-apa yang menggunakan elektrik sekarang mempunyai cip di dalamnya.” – AFP

    Pekerja mengimpal tangki pengangkutan di sebuah kilang di Nantong di timur wilayah Jiangsu, China. Pertumbuhan dalam aktiviti pengeluaran China merosot pada Jun apabila permintaan eksport menjadi lemah. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda