Wednesday, October 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti menarik tema sains

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 14 OGOS – Makmal Tenaga Seria (SEL) akan menganjurkan program sempena cuti sekolah, Full STEAM Ahead di Makmal Inovasi Brunei dari 16 hingga 18 Ogos, di mana pusat itu menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan di samping pendidikan untuk peserta berumur tiga hingga 16 tahun.

    Acara tahun ini menampilkan lima aktiviti menarik bertemakan sains iaitu Studio SEL: Sains Magika, Makerspace: Tinkercraft, Inovasi: Zap N’ Snap, BioTinkering, dan Pameran Modular.

    Studio SEL juga akan bekerjasama dengan Profesor Stephen Ashworth dari Universiti East Anglia, United Kingdom, dalam kerjasama khas sebagai sebahagian daripada acara itu. Menurut SEL, Profesor Ashworth terkenal dengan demonstrasi sains yang menarik dan beliau akan mempersembahkan pertunjukan popularnya Kimia Dapur sebagai sebahagian daripada barisan acara berkenaan.

    Tiket masuk akan disediakan pada sepanjang acara. Orang ramai boleh memperolehi maklumat lanjut mengenai SEL dan aktivitinya di Instagram mereka.

    ATAS & BAWAH: Antara aktiviti yang telah diadakan oleh SEL semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN SEL
    GAMBAR SERAHAN SEL
    GAMBAR SERAHAN SEL

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda