Oleh Daniel Lim
BELAIT, 29 NOV – Pelajar istimewa dari SMARTER Brunei hari ini dibawa menonton wayang melalui tajaan tiket oleh KB Sentral Cineplex manakala Sugar Bun pula menganjurkan aktiviti menyeronokkan sambil menikmati hidangan yang disediakan di KBSentral, Kuala Belait.
Acara itu dianjurkan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Ketua Pemasaran Kumpulan Syarikat Satami, Pacoi Abdullah yang mahu memberikan pelajar istimewa ini peluang untuk mengembang luaskan kemahiran bersosial mereka.
Menonton wayang juga membolehkan kanak-kanak autisme ini mengaplikasikan kemahiran sosial sesama rakan selain membantu proses sensori kanak-kanak dan menyemai kesedaran autisme dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti itu akan membantu para pelajar ini mengadaptasi suasana sebenar dalam masyarakat dan meningkatkan kesedaran masyarakat akan kehadiran mereka.
“Kami merasa seronok melakukan aktiviti hari ini bersama anak-anak kerana ia tidak mengganggu sesiapa memandangkan semua yang mengikutinya dalam keadaan sama. Orang ramai juga amat memahami keadaan ini,” kata salah seorang ibu semasa acara itu berlangsung.
