Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti merangsang mental mampu tingkatkan kesihatan otak

    CANBERRA, 16 DIS – Melibatkan diri dalam aktiviti merangsang mental semasa waktu rehat seperti membaca boleh memberi manfaat untuk kesihatan otak, menurut kajian Australia.

    Penyelidik dari University of South Australia (UniSA) mendapati bahawa beberapa aktiviti tidak aktif seperti duduk diam, lebih baik untuk fungsi kognitif daripada yang lain.

    Kajina tersebut menilai corak aktiviti selama 24 jam pada 397 orang dewasa berumur 60 tahun ke atas, dan mendapati aktiviti bersosial atau yang merangsang minda seperti membaca, bermain alat muzik, membuat kraftangan atau berbual-bual dengan orang lain boleh memberi manfaat untuk daya ingatan dan pemikiran.

    Manakala aktiviti seperti menonton televisyen atau bermain permainan video didapati memudaratkan.

    Para penyelidik berkata penemuan itu boleh membantu mengurangkan risiko kecacatan kognitif, termasuk dari demensia atau nyanyuk.

    “Kami sudah tahu bahawa aktiviti fizikal adalah pelindung yang kuat terhadap risiko demensia dan ini harus diutamakan jika anda cuba meningkatkan kesihatan otak anda.

    Tetapi sehingga kini, kami tidak meneroka secara langsung sama ada kami boleh memberi manfaat kepada kesihatan otak kami dengan menukar satu tingkah laku yang tidak aktif untuk yang lain,” kata Maddison Mellow, penulis kajian berkenaan.

    Beliau mengesyorkan untuk hentikan masa menonton TV atau bermain permainan dengan melakukan aktiviti fizikal selama lima minit atau aktiviti semasa duduk yang lebih melibatkan kognitif.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 55 juta orang di seluruh dunia menghidap demensia dengan hampir 10 juta kes baharu didiagnosis setiap tahun.

    Di Australia, hampir dua pertiga daripada pesakit demensia adalah wanita. Ia juga dijangka menjadi punca utama kematian di Australia dalam beberapa tahun selepas menduduki tempat kedua pada 2023. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda