Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Badan Pelajar Fakulti Pertanian, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) baru-baru ini telah mengadakan aktiviti mini bagi memperingati Hari Kesihatan Mental Sedunia yang diadakan pada setiap 10 Oktober.
Aktiviti mini berlangsung selama tiga hari pada Selasa sehingga Khamis di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong itu diadakan untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap kesihatan mental.
Dengan tema Kesihatan Mental adalah Hak Keseluruhan Manusia, aktiviti disertai oleh 13 orang ahli Badan Pelajar Fakulti Pertanian.
Ia menyediakan platform seperti mengongsikan kata-kata motivasi dan tip untuk penjagaan diri, pengendalian stres dan bagaimana mencari bantuan untuk individu bila diperlukan kepada pelajar mahasiswa dan mahasiswi, tenaga pengajar serta kakitangan UNISSA ke arah kesihatan mental yang lebih baik.


