Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti off-road erat silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Sebagai usaha mengeratkan lagi silaturahim, 23 pemilik kereta Suzuki Jimny telah mengadakan Program Aktiviti Riadah Selapon bersama Jimny Brunei di kawasan Sungai Selapon, Temburong, kelmarin.

    Semasa program berkenaan berkenaan, para peserta memandu kereta masing-masing melalui pelbagai cabaran laluan off-road, sekali gus dapat menguji ketahanan dan kemantapan model Jimny.

    Di samping itu, para pemilik bersama keluarga masing-masing turut mengadakan aktiviti berbaku di kawasan sungai berkenaan.

    Pengerusi program berkenaan, Awang Muhammad Asrul Abdullah berkata, program seumpamanya juga pernah dianjurkan sebelum ini bagi menambahkan lagi pengalaman lebih bermakna buat pemilik model Suzuki.

    Program juga mendidik pemilik mengenai kenderaan Suzuki Jimny dan bagaimana untuk menangani keadaan jalan di kawasan berpaya dengan menggunakan sistem-sistem off-road yang tersedia pada kereta berkenaan.

    Barisan kereta Suzuki Jimny dilihat semasa Aktiviti Riadah Selapon di kawasan Sungai Selapon, Temburong, Ahad lalu. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda