Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti penghasilan China menurun

    BEIJING, 31 Dis – Aktiviti penghasilan China menurun bulan ini, sebagaimana yang ditunjukkan oleh data rasmi hari ini, tetapi sebahagian besarnya mengekalkan momentum meskipun terdapat kekangan terhadap industri berat yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara tahap kronik di negara itu.

    Indeks pengurus pembelian (PMI) penghasilan, yang mengukur keadaan kilang, berada pada paras 51.6 bulan ini, berbanding 51.8 pada November, menurut Biro Statistik Nasional (NBS).

    Apa-apa di atas 50 dianggap sebagai pertumbuhan manakala angka di bawah itu menunjukkan penurunan. Angka tersebut diselaraskan oleh jangkaan penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg News.

    China telah membendung aktiviti dalam industri berat di timur laut negara itu sebagai langkah untuk mengurangkan kapasiti berlebihan dan jerebu tebal yang meliputi wilayah itu pada lewat musim luruh dan musim sejuk.

    Dalam menghadapi ketidakpuasan orang awam terhadap pencemaran kronik, ekonomi kedua terbesar dunia itu memberikan isyaratnya yang bersedia untuk bertolak ansur dengan memperlahankan pertumbuhan ekonomi sebagai pertukaran bagi persekitaran yang lebih baik.

    Langkah pembendungan terhadap industri yang menambahkan pencemaran seperti keluli setakat ini tidak memberikan impak besar kepada sektor penghasilan negara.

    “Tahun 2017 telah menjadi tahun kestabilan bagi ekonomi China, selepas pemulihan pada 2016,” menurut Bloomberg News dengan memetik Chen Long, pakar ekonomi di Gavekal Dragonomics, sebagai berkata. Bacaan purata PMI tahunan untuk 2017 adalah 51.6, menurut NBS. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda