BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Seramai 36 orang sukarelawan baharu Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) diberikan pengenalan mengenai projek yang dikendalikan oleh Unit Sukarelawan, JAPEM semasa Sesi Sahabat yang diadakan di Tapak Perkhemahan, Hutan Simpan Berakas, hari ini.
Acara yang dikendalikan oleh seramai 19 orang ahli sukarelawan JAPEM yang sudah berdaftar bagi ahli-ahli sukarelawan baharu itu dihasratkan sebagai sesi orientasi bagi ahli-ahli baharu untuk mengeratkan hubungan jalinan persahabatan antara sukarelawan lama dengan yang baharu serta untuk membolehkan para sukarelawan JAPEM mengadakan sesi percambahan idea dan bertukar-tukar pendapat melalui kegiatan perhimpunan, aktiviti riadah dan kegiatan bersama-sama sukarelawan JAPEM.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)