Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti perkilangan China catat perkembangan

    HONG KONG, 31 Mei – Aktiviti kilang China berkembang pada kadar paling pesat dalam lapan bulan disebabkan permintaan yang lebih kukuh, satu tinjauan menunjukkan hari ini, dalam tanda-tanda positif untuk ekonomi nombor dua dunia meskipun ketegangan perniagaan dengan AS.

    Indeks pengurus pembelian rasmi meningkat kepada 51.9 pada Mei daripada 51.4 pada bulan sebelumnya. Bacaan melebihi 50 menandakan perkembangan, sementara jumlah yang lebih rendah menandakan pengecutan berdasarkan skala 100-mata pada indeks.

    Pengeluaran, tempahan eksport baharu dan tempahan baharu keseluruhan semuanya meningkat daripada bulan sebelumnya, menandakan satu pertambahan dalam permintaan, menurut tinjauan Persekutuan Logistik dan Pembelian China.

    “Kadar perkembangan pengeluaran telah meningkat dan momentum pembangunan telahpun diperkukuhkan seterusnya,” kata Zhao Qinghe, ahli statistik di Biro Statistik Nasional, yang mengeluarkan data di laman webnya.

    Angka terbaharu menunjukkan sektor pengeluaran eksport China masih kukuh meskipun ketegangan berterusan dengan AS disebabkan hubungan perniagaan di antara dua ekonomi terbesar di dunia.

    Gambar umum menunjukkan kesibukan lalu lintas pada waktu pagi dari panel paparan elektronik yang mengiklankan rakaman video Presiden China Xi Jinping berhampiran kawasan pusat perniagaan di Beijing. Aktiviti kilang China berkembang pada kadar paling pesat dalam lapan bulan disebabkan permintaan yang lebih kukuh. – AP

    Ketegangan telah reda sehingga awal minggu ini, apabila pentadbiran Presiden Donald Trump memperbaharui ugutannya untuk mengenakan tarif ke atas barangan China bernilai AS$50 bilion dan berkata ia juga akan mengehad eksport barangan teknologi tinggi AS ke China. Ia adalah sebahagian daripada usaha AS untuk mengawal usaha kerajaan China untuk memperbaharui dirinya untuk menjadi kuasa besar teknologi.

    Meskipun usaha Washington, aktiviti berkembang pada Mei, menurut indeks kecil pengeluaran teknologi tinggi oleh tinjauan, yang meningkat kepada 54.8 pada Mei, bertambah 1 mata berbanding bulan sebelumnya.

    Ugutan tarif keluar sebelum lawatan Setiausaha Jabatan Perdagangan AS Wilbur Ross ke Beijing pada Sabtu untuk rundingan selanjutnya mengenai isu ekonomi dan perdagangan. Aktiviti dalam sektor perkhidmatan yang semakin penting di China juga berkembang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda