Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti perkilangan China positif

    BEIJING, 30 JUN – Kegiatan perkilangan China bertambah baik pada bulan Jun selepas sekatan antivirus dilonggarkan bagi membaik pulih semula ekonomi tetapi permintaan eksport masih lemah, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan hari ini.

    Indeks pengurus pembelian bulanan yang dikeluarkan oleh agensi statistik kerajaan dan kumpulan perindustrian meningkat kepada 50.9 dari 50.6 Mei pada skala 100 mata, di mana angka di atas 50 menunjukkan aktiviti berkembang.

    China, di mana pandemik koronavirus bermula pada bulan Disember, adalah ekonomi pertama yang dibuka kembali pada bulan Mac setelah Parti Komunis yang berkuasa menyatakan kejayaan mereka memerangi penyakit ini. Perkilangan dan aktiviti lain semakin meningkat tetapi permintaan untuk eksport masih lemah dan pengguna China, yang bimbang kehilangan pekerjaan, enggan berbelanja.

    Tinjauan ini menunjukkan bahawa ekonomi China beransur pulih, disokong oleh perbelanjaan pembinaan kerajaan yang lebih tinggi. Tetapi peramal mengatakan permintaan global untuk barang-barang China tidak pasti kerana jangkitan meningkat di Amerika Syarikat, Brazil dan beberapa negara lain.

    Tinjauan sub-indeks pekerjaan pula menurun kepada 49.1 dari 50.2 pada Mei, menunjukkan majikan mengurangkan pekerjaan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda