Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti perkilangan China terus berkembang

    BEIJING, 30 April – Aktiviti kilang China terus berkembang pada April, walaupun pada kadar yang lebih perlahan daripada dijangka, data rasmi menunjukkan hari ini, menambah tanda-tanda kestabilan dalam ekonomi kedua terbesar dunia.

    Indeks pengurus pembelian (PMI), yang mengukur keadaan di kilang dan lombong, mencecah 51.2 pada April, kata Biro Statistik Nasional (NBS), merosot daripada tahap tinggi lima tahun sebanyak 51.8 pada Mac.

    Penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg telah menjangkakan satu bacaan sebanyak 51.7 pada April.

    Satu angka melebihi 50 menandakan pertumbuhan dalam sektor itu, yang menjadi penjana utama ekonomi China, sementara apa-apa yang lebih rendah menandakan pengecutan.

    “Walaupun PMI telah merosot sedikit, kami juga boleh melihat pengumpulan faktor positif,” kata penganalisis NBS Zhao Qinghe dalam satu kenyataan.

    Gambar fail pada 25 April 2017 menunjukkan sebuah tapak pembinaan di Baoding, wilayah Hebei China. Aktiviti kilang China terus berkembang pada April, walaupun pada kadar yang lebih perlahan daripada dijangka, data rasmi menunjukkan kelmarin, menambah tanda-tanda kestabilan dalam ekonomi kedua terbesar dunia. – AFP
    Gambar fail pada 25 April 2017 menunjukkan sebuah tapak pembinaan di Baoding, wilayah Hebei China. Aktiviti kilang China terus berkembang pada April, walaupun pada kadar yang lebih perlahan daripada dijangka, data rasmi menunjukkan kelmarin, menambah tanda-tanda kestabilan dalam ekonomi kedua terbesar dunia. – AFP

    Zhao merujuk kepada pertambahan pengeluaran barangan pengguna dan peningkatan dalam aktiviti perniagaan kecil sebagai petunjuk baik untuk ekonomi.

    Penganalisis meramalkan momentum pertumbuhan yang berkurangan dalam suku kedua tahun ini.

    “Pengeluaran yang masih tinggi dan tempahan baru mencadangkan momentum pertumtumbuhan mungkin kekal kukuh pada April, walaupun lebih perlahan berbanding pada Mac,” kata Zhao Yang daripada Nomura dalam satu nota.

    “Melihat ke depan, kami melihat tekanan negatif bakal melanda dan mengekal gesaan kami untuk mencatat kelembapan yang sederhana sepanjang tahun ini.”

    Betty Wang daripada Penyelidikan ANZ menulis dalam satu nota bahawa data April “mencadnagkan aktiviti pengeluaran China mungkin telah berkurangan daripada kemuncaknya” dalam suku pertama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda