Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti perpustakaan ceriakan ibu tunggal

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 12 JUN – Lebih 20 ahli Persatuan Pergerakan Ibu Tunggal (PGIT) hari ini berpeluang menyertai permainan dan aktiviti menyeronokkan sambil meneroka dan mempelajari lebih lanjut mengenai perpustakaan menerusi program Aktiviti Terokai Perpustakaan, hari ini.

    Diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan, program itu bertujuan memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal berinteraksi dan meluangkan masa sesama mereka di samping membantu mempromosikan dan menggalakkan penduduk melawat perpustakaan.

    Aktiviti yang diadakan termasuk sesi zumba diikuti dengan pencarian harta karun yang menyeronokkan di mana mereka menyelesaikan cabaran dan meneroka pelbagai kemudahan perpustakaan secara berkumpulan.

    Sebahagian daripada aktiviti yang diadakan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda