Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti pertanian bantu kurangkan kadar pengangguran

    PERANCIS – “Setentunya saya berasa gembira melihat tanaman tomato tumbuh subur di kawasan ini berbanding hanya rumput setinggi dua meter pada tahun lalu,” jelas Frederic, yang bekerja selaku Pengawal Pasaran di utara Loos.

    Dia juga kelihatan cukup gembira tatkala melihat usaha pertanian yang dilakukan di wilayah ini secara tidak langsung berupaya mengurangkan kadar pengangguran menghampiri pada kadar sifar.

    Rancangan pertanian dijangka bakal diperluaskan lagi di kawasan itu bagi mengatasi masalah kemiskinan.

    Lokasinya terletak pada kira-kira 20 minit dari Pusat Lille, di Daerah Olvlakx yang sensitif, di mana sebuah gim kelihatan terbiar dan kerja-kerja penaik tarafan ke konsep Potager de l’espoir telah dimulakan sejak Jun 2017 lagi.

    Di kawasan bandar itu, hasil tanaman sayuran mula dapat dinikmati dengan konsep pertanian rumah hijau sejak musim bunga yang lalu.

    Projek pertanian di kawasan Loos, Perancis adalah inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk. – AFP
    Tanaman buah tomato yang subur secara tidak langsung membantu penduduk setempat untuk menjana pendapatan sendiri. – AFP

    Loos adalah salah sebuah daripada sepuluh kawasan yang bertujuan untuk membukakan lebih banyak peluang pekerjaan tidak kira bagi kaum lelaki dan perempuan.

    “Kami berusaha untuk mempergunakan kebolehan yang ada pada penduduk, lebih teruk lagi apabila ada di antara mereka yang menganggur dalam tempoh mencecah sehingga empat tahun,” jelas Marc Godefroy, wakil Penasihat Ekonomi dan Sosial ke Lille Metropolis yang mengawal projek Loos dan Tourcoing merangkumi seramai 120 pekerja.

    Untuk bekerja di tempat pekerjaan ini, syarikat yang memiliki sasaran pekerjaan (EEC) tidak perlu untuk menyediakan keterangan peribadi atau surat.

    Namun penduduk di kawasan kejiranan dan tidak bekerja selama bertahun setentunya boleh menjejaskan kemahiran seseorang individu.

    Ludovic, seorang lelaki berusia 28 tahun telah berjaya mengembangkan kemahirannya dengan kehidupan baharunya sejak Mei lalu menjelaskan bahawa sebelum ini dia lebih kerap membuang masa tanpa melakukan sebarang aktiviti di rumah ibunya.

    “Sebelum ini saya agak tertutup namun kehidupan baharu untuk melaksanakan tugasan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kesihatan,” jelas Ludovic yang tidak memiliki ijazah dan tidak pernah bekerja sebelum ini.

    Idea ini mudah membantu dalam meramal susunan sistem kewangan, di mana ia merangkumi kepada nilai gaji yang boleh memberi kelebihan kepada pencari kerja.

    Perniagaan yang dijana juga harus diseimbangi dengan kadar kewangan yang diperolehi oleh syarikat.

    Tiada bantuan

    Frederic, 48 tahun yang pernah menjadikan bidang kerjaya melukis sebagai mata pencariannya sebelum terlibat dalam sebuah kemalangan di tempat kerjanya berasa bertuah kerana berpeluang untuk menyertai projek ini.

    “Kami telah mengadakan pilihan raya dan kini kuasanya diberikan tanpa batasan,” jelas pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran itu berhubung mengenai status gaji yang diterimanya.

    Bagi Myriam, 67 tahun yang tinggal di kawasan berdekatan pula memang mengalu-alukan inisiatif yang sangat menakjubkan ini bagi memberikan peluang kepada penduduk untuk menyara diri tanpa mengharapkan sebarang bantuan.

    Sebanyak 18.3 peratus penduduk di Hauts-de-France berada di bawah garis kemiskinan-empat mata lebih tinggi berbanding daripada purata nasional di rantau metropolitan Perancis (INSEE).

    “Merujuk kepada statistik tersebut setentunya inisiatif pertanian dalam membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan ini wajar dianggap sebagai sesuatu yang positif,” jelas Halima, 43 tahun.

    “Aktiviti pertanian ini setentunya dapat memberikan satu pembaharuan kepada penduduk di kawasan ini. Sayur-sayuran segar yang dipetik dari ladang dapat dijual di kedai berdekatan. Saya juga seolah-olah berjaya untuk menemui jiwa saya kembali setelah melakukan pekerjaan ini,” jelas Halima yang memilih untuk bekerja selama dua jam pada waktu pagi dan dua jam pada waktu petang.

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut memuji langkah pendorongan penduduk ke arah pertanian ini sebagai satu perkara yang positif kerana ia berjaya mewujudkan dinamisme dan membantu sebarang individu yang tidak memiliki prospek dalam kehidupan.

    Sementara Presiden Pembanteras Kadar Pengganguran Wilayah, Laurent Grandguillaume pula telah menjanjikan untuk memperluaskan lagi eksperimen projek pertanian ini ke wilayah-wilayah lain bagi membanteras masalah pengangguran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda