Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti rasuah masih berleluasa

    WASHINGTON, 31 Julai – Pasukan keselamatan Afghanistan masih tidak berupaya untuk meningkatkan kawalan di negara yang musnah akibat perang dan Kabul masih bersikap tidak peduli dalam membendung jenayah rasuah berleluasa di negara itu, menurut pemerhati kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini.

    Laporan terbaharu itu dibuat oleh Ketua Pemeriksa Khas bagi Penstrukturan Semula Afghanistan (SIGAR), muncul selepas hampir setahun Presiden Donald Trump mendedahkan satu strategi baik pulih bagi Afghanistan dengan menekankan isu-isu berterusan yang telah menghalang kemajuan selama bertahun-tahun.

    SIGAR menunjuk satu laporan dari Jabatan Keadilan AS, yang mendapati situasi di Afghanistan akan ‘konsisten bersama sebahagian besar tanpa undang-undang, lemah dan kerajaan yang tidak berfungsi’ dengan kebanyakan kes rasuah bertukar lembap akibat kekurangan keinginan dalam politik.

    Laporan turut menerangkan mengenai masalah di sekitar Pusat Keadilan Antirasuah (ACJC) yang ditubuhkan oleh Presiden Ashraf Ghani pada 2016 bagi mendakwa kes-kes rasuah. Afghanistan adalah salah sebuah negara korup di dunia, menurut Transparency International, dengan aktiviti rasuah berlaku pada hampir setiap institusi awam, tidak terkecuali ketenteraan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda