Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti rentas sempadan ditangguh lagi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, penangguhan aktiviti-aktiviti rentas sempadan kini dilanjutkan selama 14 hari sehingga 10 Mac 2021.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, susulan siaran akhbar 11 Februari lalu, penangguhan termasuklah kebenaran kemasukan warga asing dari
    Malaysia bagi perjalanan transit melalui pos-pos kawalan darat dan laut melintasi Negara Brunei Darussalam.

    Sementara transit melalui negara ini hanya boleh hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan-kenderaan yang mempunyai Penyata Kebenaran Transit yang dikeluarkan oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam, dengan jaminan atau sokongan daripada pihak berkuasa Malaysia yang berkenaan, dengan syarat dan prosedur kemasukan yang sedia ada, bagi tujuan urusan rasmi kerajaan, persekolahan, perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan (seperti ambulans, polis dan tentera) serta transport operators berdaftar di Malaysia dengan Permit Lintas Batas yang dikeluarkan kerajaan negara ini bagi penghantaran bekalan import yang essential ke Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

    Selain itu, penangguhan sementara kebenaran bagi pengambilan dan penghantaranbarangan milik individu di lokasi-lokasi khusus di perkarangan sempadan (checkpoints) yang dibuat oleh runners berdaftar di Negara Brunei Darussalam dan penangguhan sementara kebenaran bagi keluar dan masuk negara secara ulang-alik (commuters) melalui pos-pos kawalan darat dan laut bagi tujuan pekerjaan juga dilanjutkan sehingga 10 Mac.

    Menurut kenyataan dari JPM dikeluarkan di sini hari ini, syarat-syarat bagi pertimbangan keluar masuk yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada penelitian Jawatankuasa Pandu Hal Ehwal Rentas Sempadan dari semasa ke semasa.

    Bagi sebarang maklumat lanjut dan terperinci, bolehlah menghubungi travel hotline di talian 120 semasa waktu bekerja.

    Gambar fail aliran trafik di pos Tedungan. Kebenaran bagi aktiviti rentas sempadan kini dilanjutkan sehingga 10 Mac depan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda