Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti riadah erat hubungan silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Lebih 60 orang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) dan penduduk Kampung Lambak B telah menyertai aktiviti riadah walkaton sejauh 1.5 kilometer di persekitaran Jalan Lambak Berakas, hari ini.

    Selain walkaton, aktiviti senam sihat turut diadakan di perkarangan rumah Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud yang seterusnya melancarkan walkaton dan senam sihat.

    Antara tujuan aktiviti tersebut ialah menyatupadukan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung melalui sukan riadah.

    Bagi memeriahkan lagi acara berkenaan, cabutan nombor bertuah turut diadakan.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti senam sihat di perkarangan rumah Ketua Kampung Lambak B. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Pengiran Haji Nordin bergambar ramai bersama peserta aktiviti riadah kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda