Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti riadah pupuk amalan gaya hidup sihat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    TUTONG, 27 OKT – Jabatan Pengajian Islam (JPI) melalui Jawatankuasa Guru-guru Ugama Daerah Tutong, hari ini mengadakan acara riadah berjalan kaki bagi guru-guru sekolah agama Daerah Tutong bertempat di Bangunan Balapan dan Padang Kompleks Sukan Daerah Tutong.

    Hadir sama di acara tersebut ialah Pegawai Pengajian Islam Daerah Tutong, Bahagian Sekolah Ugama, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Norhayati binti Haji Sawal.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Awang Mohd Amiruddin bin Haji Mohd Deli, diikuti dengan sesi pemanasan badan sebelum memulakan acara berjalan kaki sejauh 2.4 kilometer.

    Acara dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah dan sesi bergambar ramai.

    Acara tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan di kalangan guru-guru sekolah agama di Daerah Tutong.

    Selain itu ia juga untuk memupuk amalan gaya hidup yang sihat serta memelihara kesejahteraan mental dan fizikal guru-guru agama.

    Hajah Norhayati semasa menyertai acara riadah berjalan kaki di Bangunan Balapan dan Padang Kompleks Sukan Daerah Tutong. – GAMBAR SERAHAN JPI
    Guru-guru membuat senaman pemanasan badan sebelum memulakan acara berjalan kaki. – GAMBAR SERAHAN JPI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda