MANILA, 4 JULAI – Gunung berapi Mayon yang meletus, kira-kira 500 kilometer tenggara ibu kota Filipina, telah meningkatkan aktiviti seismik, menurut amaran Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, hari ini.
Institut itu berkata bahawa amaran tahap 3 dalam skala 5 tetap berlaku di gunung berapi paling aktif di negara itu, meskipun adanya ‘siri gegeran berterusan seperti gempa bumi lemah yang stabil dan bertambah kekuatannya’.
Institut itu memberi amaran adanya kemungkinan berlaku ‘letusan berbahaya’, dan menambah ia sedang memantau dengan teliti ‘peningkatan pelepasan tenaga seismik’.
Gunung berapi berketinggian 2,460 meter di wilayah Albay itu mula meletus pada 8 Jun lalu, menyebabkan kerajaan untuk memindahkan ribuan penduduk di kawasan kaki gunung. Penduduk memberitahu bahawa debu keluar dari gunung itu di sekurang-kurangnya dua buah bandar.
Institut itu menegaskan orang ramai perlu menjauhi zon bahaya enam kilometer.
“Penduduk di sekitar radius tujuh dan lapan kilometer untuk bersiap sedia sekiranya keadaan semakin memburuk,” menurut kenyataan institut.
Gunung berapi Mayon kali terakhir meletus pada 2018, mengakibatkan lebih 23,000 orang penduduk dipindahkan dari sembilan buah bandar dan perbandaran. – Xinhua