Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti selami Festival Perahu Naga

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 28 MEI – Dengan tujuan menyelami perayaan tahunan budaya Cina, Festival Perahu Naga, pelajar tadika Sekolah Menengah Chung Ching (CCMS), Seria, bersama guru dan penyelia telah mengambil bahagian dalam siri aktiviti yang menyeronokkan dan menarik.

    Ketua Tadika, Foo Yong Lee menjelaskan bahawa acara itu bertujuan menyemai pemahaman yang lebih mendalam mengenai Festival Perahu Naga, sebagai budaya tradisional yang disambut tidak lama lagi.

    “Melalui aktiviti yang diadakan, kami mahu murid-murid menimba ilmu melalui pengalaman langsung.

    “Ini termasuk membalut sajian utama zongzi, yang turut membantu mengembangkan kemahiran mereka,” tambahnya.

    Acara turut diserikan dengan aktiviti kraf tangan membentuk zongzi dan membaca sajak Nurseri Perahu Naga serta ceramah pendek tentang sejarah zongzi.

    Beliau berharap acara itu akan membantu murid-murid lebih memahami kepentingan budaya di sebalik zongzi dan Festival Perahu Naga. Turut ditekankan bahawa aktiviti tersebut bukan sahaja akan meningkatkan pengetahuan kanak-kanak, tetapi juga memupuk minat mereka terhadap budaya Cina pada usia awal.

    Aktiviti membalut sajian utama iaitu zongzi. – GAMBAR SERAHAN CCMS
    GAMBAR SERAHAN CCMS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda