Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti snorkeling tingkat kesedaran ancaman hidupan laut

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JUN – Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak yatim dari Majlis Perundingan Kampung (MPK) Panchor Mengkubau Kawasan 4 dan 5, dan Perumahan Bukit Beruang, Tutong, serta wakil penaja dari Progresif dan Anson International, hari ini berpeluang menyertai aktiviti snorkeling sempena Minggu Lautan Brunei (OWB) yang diadakan di Pelong Rock.

    Sebelum memulakan aktiviti tersebut, para peserta telah mengikuti bengkel pemuliharaan marin yang komprehensif, di samping melengkapkan minda dengan pengetahuan dan peralatan untuk melindungi dunia bawah laut yang berharga.

    Kemudian selepas mendengarkan taklimat dan teknik bernafas semasa melakukan aktiviti dengan menggunakan alat dan keperluan lain semasa bengkel, para peserta seterusnya memulakan pengembaraan snorkeling di Pelong Rock.

    Para peserta yang berumur antara enam hingga 17 tahun itu rata-ratanya berasa teruja untuk melakukan aktiviti snorkel buat pertama kalinya. Dengan adanya aktiviti seumpamanya, ia secara tidak langsung memberi kesedaran dan minat kepada peserta untuk sama-sama menjaga keindahan dan melindungi hidupan laut daripada terancam oleh aktiviti yang boleh menjejaskan hidupan laut untuk berkembang.

    Setelah selesai melakukan aktiviti d Pelong Rock, peserta dibawa ke Pulau Pelumpong untuk menikmati hidangan tengah hari sebelum pulang ke Poni Divers.

    Kelihatan peserta membuat persediaan sebelum memulakan aktiviti snorkeling. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para peserta bergambar ramai semasa mengikuti aktiviti snorkeling di Pelong Rock.- GAMBAR OLEH PONI MARINES
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda