Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan

    KUCHING, 1 Mac – Sarawak membenarkan semua aktiviti sukan dan rekreasi bagi tujuan latihan, permainan dan perlawanan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, mulai hari ini.

    Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagaimanapun berkata, kesemua aktiviti berkenaan perlu dijalankan tanpa membabitkan kehadiran penonton.

    “Penganjuran kejohanan atau pertandingan di negeri ini adalah tertakluk kepada kelulusan kementerian saya dengan memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

    “Bagaimanapun kebenaran menggunakan fasiliti sukan oleh orang awam adalah terhad dengan surat sokongan daripada KBSS (Kementerian Belia dan Sukan Sarawak)  dan JPBN,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda