Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti sukan kukuhkan silaturahim

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 8 JULAI – Unit Kokurikulum dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Alif Sdn Bhd, baru-baru ini, telah menganjurkan acara sukan di Taman Jubli Perak di sini.

    Lebih 200 orang pelajar, guru serta ibu bapa dan penjaga telah menghadiri acara sukan berkenaan yang bermatlamat untuk menyediakan pendidikan berfaedah bagi para murid dengan menjalankan beberapa aktiviti kesukanan di luar kelas yang membantu merangsang lagi murid-murid dari segi fizikal dan kreativiti.

    Selain itu, aktiviti berkenaan juga berfungsi untuk mengeratkan lagi hubungkan silaturahim antara guru-guru bersama ibu bapa dan penjaga dengan menyertai dan menyokong anak-anak mereka dalam pelbagai aktiviti kesukanan.

    Acara dimulakan dengan sesi aerobik zumba untuk memanaskan badan sebelum pelbagai aktiviti sukan diadakan bagi murid-murid KG1 hingga KG3 sekolah berkenaan.

    Murid-murid menyertai salah satu aktiviti sukan yang diadakan. – Gambar daripada Sekolah Alif

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda