Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti tanam 70 pokok

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Dalam komitmennya kepada penglibatan komuniti dan penjagaan alam sekitar, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengambil bahagian dalam aktiviti menanam pokok yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, inisiatif penanaman pokok berkenaan yang disertai oleh ahli-ahli pengurusan kanan BIBD serta kakitangan bank adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) ke-70.

    Sebanyak 70 pohon pokok yang dipilih khusus bagi kesesuaiannya kepada ekosistem tempatan telah ditanam di lokasi-lokasi strategik di mana ia bukan sahaja menyumbang kepada usaha untuk membisaikan ruang awam di stadium tetapi juga bagi mencantikkan landskap persekitaran Brunei secara keseluruhan. BIBD mengenali akan peranan mustahak yang dimainkan oleh amalan-amalan mampan dalam memupuk masa hadapan yang lebih hijau dan sihat di mana acara menanam pokok berkenaan mencerminkan komitmen serta menekankan dedikasi bank itu untuk menjadi warga korporat bertanggungjawab yang menegakkan prinsip-prinsip Maqasid Syariah.

    Inisiatif berkenaan juga selaras dengan usaha global untuk menangani perubahan iklim di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Matlamat Nombor 13 iaitu perubahan iklim dan Matlamat Nombor 15 iaitu kehidupan di darat.

    Kolaborasi dengan PPPBD mempamerkan penekanan BIBD kepada memperkasakan generasi masa depan untuk mengambil peranan aktif dalam pemuliharaan alam sekitar serta komitmen kepada menjana impak positif melangkaui perkhidmatan kewangan selaras dengan Kerangka Kemapanan BIBD.

    PPPBD telah ditubuhkan pada 1952 dan telah menjadi ahli penuh kepada Pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Wanita Sedunia (WAGGGS) pada 1996.

    Antara yang mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    Gambar ramai pegawai dan kakitangan BIBD semasa aktiviti penanaman pokok di Stadium Negara Hassanal Bolkiah baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda