Saturday, February 8, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti tangkap ikan di zon pelantar minyak tumpas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei baru-baru ini telah menjalankan Operasi Sepadu di kawasan pelantar-pelantar minyak di negara ini dengan objektif untuk memastikan keselamatan aset-aset negara dalam keadaan baik dan terjaga. 

    Sepanjang operasi berkenaan, Pasukan Polis Diraja Brunei telah menahan sebuah perahu beserta lima orang terdiri dari warga tempatan. Hasil pemeriksaan mendapati mereka sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di dalam zon keselamatan pelantar minyak.

    Pemandu, penumpang beserta perahu kemudiannya dibawa ke Polis Marin untuk tindakan lanjut.

    Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 132(6) Peraturan Perkapalan Pedagang 2002 iaitu memasuki zon keselamatan Pelantar Minyak. Sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih $100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 

    Pasukan Polis Diraja Brunei ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang termaktub di Negara ini bagi sama-sama menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.

    Hasil pemeriksaan mendapati aktiviti menangkap ikan dijalankan di dalam zon keselamatan pelantar minyak. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda